Saya dapat email ini drpd seorg kawan dan ingin berkongsi dgn semua.

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi

bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN


Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Selamat mencuba!

JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.

Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatakan ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin. Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang. Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.

Abd Kadir berkata, beliau yang ketika itu bertukang di rumah saudara berdekatan, bergegas pulang selepas isterinya memaklumkan Siti Nazirah mengalami pendarahan berterusan.

Katanya, Siti Nazirah dibawa ke Hospital Jeli, tetapi dirujuk ke Hospital Tanah Merah sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman.

Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.

Menipu, kenapa anak menipu dan dari mana ia belajar menipu. Ini satu persoalan yang kita perlu bincangkan bersama dan perlu kita ambil perhatian.

KENAPA ANAK MENIPU?

Anak mula menipu kerana sebab-sebab tertentu. Di antaranya ialah:

1. Kerana takut tidak diterima (disapproval)

2. Kerana takut menghampakan orang lain, lebih-lebih lagi ibu dan ayah, atuk dan nenek

3. Kerana takut dihukum, dimarahi dan sebagainya

Situasi seperti ini mungkin sering berlaku;

"Adi, jangan la menangis sayang. Ibu dan Ayah hendak pergi kerja. Sekarang senyum dan tinggal baik-baik. Emak dan ayah suka dan sayang ada Adi kalau senyum macam ini."

Jika ini diulang setiap kali Ibu dan ayah hendak pergi ke mana-mana sahaja tanpa membawa Adi bersama, Adi akan membuat keputusan;

1. Untuk mendapatkan kasih sayang Ibu dan Ayah,saya mesti berhenti menangis dan senyum.

2. Menangis adalah tanda lemah dan akan menyebabkan ibu dan ayah marah. Dengan itu,
saya tidak akan menangis.

Adi tidak menangis lagi sungguhpun kadang kala sebak menahan perasaannya tetapi takut untuk menangis.

Dia juga akan memaksa dirinya senyum walaupun ia tidak merasa ingin tersenyum dan dengan ini dia telah mula menipu.

Cara yang lebih baik ialah dengan ibu dan ayah menerangkan situasi dengan jelas dan tepat kepada anak

"Sayang, ibu dan ayah hendak pergi kerja.Adi kecil lagi dan dengan itu tidak dibenarkan mengikut emak dan ayah bekerja.

Adi tinggal di rumah dan boleh bermain, boleh makan, boleh baca buku, dan juga boleh tidur. Nanti, jam 6 atau 7, Insya Allah, ibu dan ayah akan pulang."

Dengan kata-kata begini, ucapkan salam dan ajar anak bersalam dan menyambut ucap salam itu. Cium dan peluk ia dengan khusyuk dan terus pergi tanpa menyebut "Jangan menangis, senyumlah sedikit" dan lain-lain.

Mungkin bagi kita, ibu dan ayah, adalah berat untuk meninggalkan anak yang sedang menangis.

Anak menangis itu sekejap sahaja, lepas kita pergi, dia akan pulih dan sekiranya orang yang menjaga itu baik, terlatih dan sabar, anak akan terus merasa selamat dengannya.

Ibu dan ayah juga perlu membiasakan balik menemui anak secepat yang boleh.

Jangan berlengah-lengah ke tempat lain. Jika terlambat oleh sebab perkara-perkara atau situasi yang tidak dapat dielakkan, eloklah menelefon anak dahulu atau memberitahunya sebelum meninggalkannya pada waktu pagi tadi.

Jika terlambat, jangan membiasakan membeli barang atau makanan sebagai hadiah untuk menggantikan kita. Jika kita mungkir janji dengan cara yang tidak kita sedari, kita juga telah mengajar anak kita menipu.

Situasi seterusnya;

"Ain, sayang adik tak?" Ibu bertanya kepada anaknya yang berusia tiga tahun dan meletakkan adiknya yang berusia satu bulan ke atas riba kakaknya.

"Tak sayang."

Jawab Ain menolak adiknya.

"Eh, berdosa Ain tak sayang adik. Ain mesti sayang adik tau. Adik ini pun anak ibu juga".

Ibu Ain menjawab agak serius dan dukacita.

Apabila ini diperkatakan setiap hari dan apabila Ain memahami jawapannya tidak menggembirakan emaknya, dia akan membuat keputusan

"saya akan jawab apa yang ibu mahu saya jawab"tetapi di dalam otak kecilnya masih berkata"tak sayang".

Ini bermakna apabila Ain ditanya lagi soalan itu, dia akan menjawab

" Tentulah sayang ibu"tetapi sebenarnya dia belum lagi rasa sayang kepada adiknya dan ini bermakna dia telah mula menipu.

Bagaimana pula berhadapan dengan situasi ini.

Ain seharusnya telah diberitahu tentang ketibaan adiknya sejak dari dalam kandungan lagi.

Ain juga digalakkan bercakap dan berhubung dengan adiknya dari dalam kandungan lagi.

Malahan Ain boleh diberi penghormatan bersama-sama mencadangkan nama adiknya. Pendekatan bonding dengan adiknya ini boleh dibuat setiap hari.

Sekiranya ibu akan bersalin di hospital atau di klinik, Ain mestilah diberitahu tujuan ibunya ke hospital, di mana ibu akan melahirkan adik serta membawa adik itu pulang ke rumah.

Adalah baik jika pergi ke klinik atau hospital yang membenarkan suami dan anak-anak lain berada bersama semasa ibu hendak melahirkan anaknya.

Dengan cara ini, Ain dapat ditemukan dengan adik barunya, sebaik sahaja adik dilahirkan.

Ain juga boleh bersama mengambil bahagian, membuat apa sahaja persediaan untuk menerima adik barunya seperti memilih baju, lampinnya, dan lain-lain lagi.

Ain juga boleh mengambil bahagian menjaga adiknya seperti pergi mengambil lampin adik atau membantu menyapukan krim dan lain-lain.

Sambil ibu sibuk dengan adik baru, aktiviti Ain membaca, menulis, dan membuat sesuatu mesti diteruskan supaya Ain tidak rasa ketinggalan.

Ayah juga perlu memainkan peranan membantu ibu.Sekiranya ibu dan ayah menyediakan Ain sepenuhnya untuk menerima adik, persoalan "Sayang adik tak?" tidak perlu dilafazkan kerana ibu dan ayah sudah yakin Ain sayangkan adiknya.

Itu adalah dua situasi harian yang biasa dilalui tetapi kita tidak sedar ianya dapat menanamkan bibit-biti penipuan dalam pemikiran anak-anak.

Berhati-hatilah dalam berkata-berkata dalam kehidupan kita seharian kerana mungkin secara tidak sengaja, kita telah mengajar anak kita menipu

1. Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.

2. Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.

3. Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan.Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.

4. Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam.Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.

5. Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian.Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit.Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.


Posisi Tidur

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah

"TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring.

Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992.Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.


Gaya Tidur Bayi

Tempat Tidur

Cadangan tempat tidur bayi :

1. Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.

2. Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.

3. Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.

4. Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.

5. Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.

6. Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.

7. Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.

8. Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.

9. Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot,mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan,bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-

1. Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.

2. Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil,pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar.Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.

3. Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.

4. Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.

Membantu Bayi Tidur

Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.

1. Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.

2. Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.

3. Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.

4. Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini meminta pihak yang bertanggungjawab dalam soal nikah kahwin di Kelantan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak perempuan bawah umur.

Menterinya Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kejadian itu menyalahi Enakmen Keluarga Islam Kelantan memandangkan tiada kebenaran daripada mahkamah syariah.

“Berdasarkan Enakmen Keluarga Islam Kelantan had umur minimum perkahwinan adalah 16 tahun bagi kaum wanita kecuali dengan kebenaran mahkamah syariah.

“Kalau nak ikut mazhab ia tidak melanggar, tetapi kita ada enakmen syariah.

“Tujuan enakmen ini adalah untuk menentukan tiada paksaan di dalam perkahwinan. Jadi kita tidak tahu sama ada kanak-kanak ini dipaksa oleh ibu bapa mereka atau tidak. Sebab itu mahkamah perlu siasat,” kata beliau dipetik Bernama,

Beliau mengulas mengenai tindakan seorang bapa dari Jelawang, Kuala Krai mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun.

Kes itu adalah kejadian kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di bawah umur di negeri itu, selepas seorang budak berusia 10 tahun dikahwinkan dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas, baru-baru ini.


TINGGAL KENANGAN...Borhan menunjukkan gambar terbaru Muhammad Haikal.


Malah, malam semalam (kelmarin) saya turut minta isteri menidurkannya bersebelahan saya iaitu di ruang tengah antara kami berdua sedangkan kebiasaannya sebelum ini, dia tidur sebelah isteri.

Demikian luahan peniaga kraftangan, Borhan Rabu, 42, yang kehilangan anak bongsunya, Muhammad Haikal Mustakim berusia 19 bulan buat selama-lamanya apabila mangsa lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di bilik air rumahnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Borhan berkata, sebelum dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya, dia berada di sebuah kedai di Jalan Kota Laksamana berhampiran pusat bandar raya Melaka, untuk membeli barangan bagi menjalankan perniagaan.

Menurutnya, ketika berurusan di kedai itu, dia menerima panggilan telefon daripada isterinya, Misnah Hamzah, 41, kira-kira jam 12.45 tengah hari yang bertanya sama ada Haikal mengikutinya tetapi dia menafikan.

Sebaik mendapati isteri dalam keadaan cemas mencari anak bongsu di rumah, saya yang tak sedap hati bergegas pulang untuk sama-sama mencari dengan bantuan ahli keluarga lain.

Apabila pencarian kami selama 45 minit gagal, saya terus ke Balai Polis Kandang untuk membuat laporan tapi sejurus kemudian menerima panggilan telefon daripada anak saudara memaklumkan dia sudah ditemui.

Saya dimaklumkan Haikal ditemui isteri dalam bilik air dalam keadaan tertonggeng dengan kaki ke atas dalam sebuah baldi mengandungi air sedalam 12.7 sentimeter, sekali gus menyebabkan jantung saya berdegup kencang akibat terkejut,katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Borhan berkata, sejurus menerima berita sedih itu, dia terus pulang dan bergegas ke klinik kesihatan berhampiran apabila dimaklumkan anak lelakinya sudah dibawa ke sana dengan sebuah van milik orang awam yang lalu berhampiran rumahnya.

Menurutnya, kematian anak lelakinya terlalu menyedihkan dan dia langsung tidak menyangka kejadian seumpama itu boleh menimpa keluarganya.

Arwah memang biasa bermain-main keluar dan masuk menerusi pintu depan rumah ketika isteri membuat kuih di bahagian belakang rumah, tetapi hari ini (semalam) kami tak sangka perkara berkenaan berlaku.

Luluh hati saya apabila menerima berita sedih ini kerana arwah satu-satunya anak lelaki kami tapi tetap reda kerana Allah lebih menyayanginya kerana selama ini arwah dipinjamkan sementara saja kepada kami sekeluarga,katanya sambil menahan hiba.


Sementara itu, Misnah berkata, sebelum kejadian, dia sedang membuat kuih di belakang rumah tetapi segera mencari anaknya selepas mendapati dia tidak kelihatan bagi tempoh agak lama sekali gus menyebabkan dia berasa tidak sedap hati.

Menurutnya, dia bersama ahli keluarga mencari dalam rumah termasuk menjenguk ke bilik tetapi tidak nampak apa-apa yang mencurigakan.

Dalam tempoh 45 minit mencarinya, keadaan memang begitu mencemaskan sehingga timbul perasaan mungkin anak saya diculik sehinggalah saya memeriksa semula bilik air dan menemui dia dalam keadaan tertonggeng dalam baldi berisi air.

Ketika ditemui, tubuh Haikal sudah kebiru-biruan dan dipercayai dia sudah lemas kira-kira setengah jam sebelum disedari hilang.

Saya sukar melihat arwah yang tertonggeng dalam baldi mengandungi air berkenaan kerana kepalanya berada di bawah malah kedua-dua kakinya pun tidak dapat dilihat dari luar, katanya

Jenazah Muhammad Haikal Mustakim dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau, dekat sini, selepas solat Maghrib semalam.


Akhirnya Ziana Zain memperkenalkan jua anak kembarnya itu setelah lapan bulan dari tarikh melahirkan mereka. Ziana melahirkan kembar tak seiras yang diberi nama Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh .

"Tidak pernah terniat hendak sorokkan anak-anak kembar saya," jelas Ziana membuka bicara tentang kisah di sebalik cerita dia ingin menyorokkan anak-anaknya dari pihak media.

Jelas Ziana, dia mempunyai sebab kenapa dia ingin menyendiri sewaktu melalui fasa yang sukar itu.

"Selepas bersalin saya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana mempunyai masalah tekanan darah tinggi yang teruk.

“Sebenarnya saya mengalami masalah tekanan darah tinggi itu seminggu sebelum melahirkan anak sehingga bacaan darah tingginya mencecah 200 di sebelah atas.

"Selepas bersalin, doktor juga menasihatkan supaya saya berehat sekurang-kurangnya enam bulan," ujar Ziana, 42.

"Saya bersyukur sangat... Allah telah panjangkan umur saya. Sepanjang proses bersalin, saya masih sedar. Tapi selepas sahaja kedua-dua bayi saya keluar, saya sudah tidak tahu apa yang terjadi.


KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.
Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.

Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu.

Sebaik selesai menonton video lucah itu, kedua-dua suspek tidak sabar menggayakan aksi panas dalam video berkenaan dan memulakan adegan apabila melakukan seks oral terhadap mangsa.

“Mangsa yang mematuhi arahan dua suspek terbabit bagaikan ‘dipukau’ apabila mengikut kehendak suspek.

“Mangsa disuruh menanggalkan pakaian sebelum pasangan adik-beradik terbabit merogolnya bergilir-gilir,” katanya.

Sumber polis berkata, penderitaan mangsa selepas menjadi habuan seks sepupu sendiri sejak 2008 lalu bagaimanapun berakhir apabila kedua-dua suspek ditahan selepas perlakuan mereka terbongkar.

Katanya, suspek ditahan di rumah neneknya pada jam 7.30 pagi Jumaat lalu selepas bapa mangsa yang tinggal di kuarters kakitangan kerajaan di bandar ini membuat laporan di Balai Polis Manir pada jam 9.15 malam, dua hari selepas mangsa dirogol.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Kedua-dua suspek ditahan reman dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol sebelum mendapat perintah tambahan reman selama satu hari bermula semalam,” katanya.



Bayi ini dilahirkan dengan berat 8.7 kg dan direkodkan sebagai bayi terberat yang lahir di Indonesia setakat ini.

Bayi lelaki ini yang dilahirkan di Medan Indonesia diberi nama dengan Muhammad Akbar Risuddin.




Bayi paling berat didunia yang pernah dilahirkan ialah seberat 10.48kg di Kanada tetapi bayi tersebut meninggal selepas 11 jam dilahirkan.