CHANGLUN - Percaya atau tidak, dengan mengamalkan memakan buah kedondong setiap hari sewaktu mengandung, seseorang ibu mungkin melahirkan bayi dengan berat yang luar biasa.
Itulah apa yang berlaku ke atas Aisha Bee Yasin, 35, yang melahirkan bayi seberat 6.15 kilogram (kg) kelmarin.
Bayi lelaki yang dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada pukul 1.15 pagi itu dipercayai antara bayi terbesar pernah dilahirkan di Malaysia.
Aisha Bee yang berasal dari Air Hitam, Pulau Pinang bukan setakat menjamah sebiji buah kedondong. Setiap hari dia memakan sekilogram kedondong selain memakan dua kuntum bunga ros merah bermula daribulan kedua kehamilan.
"Saya tidak makan nasi kecuali nasi lemak. Selain kedondong dan bunga ros, saya makan roti dan minum susu. Adakalanya saya menjamah laksa atau tosai.
"Rutin saya setiap hari ialah makan kedondong dan bunga ros. Ahli keluarga lain tidak boleh sentuh buah itu, saya seorang sahaja yang makan," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Pekan Lama, Kampung Baru di sini semalam.
Aisha Bee, seorang suri rumah, memberitahu, sebelum ini sepanjang mengandung empat anaknya yang lain, dia mengidamkan timun dan lobak tetapi kali ini makanan itu langsung tidak disentuh.
Katanya, bunga ros mudah dibelinya di sekitar Changlun tetapi buah kedondong terpaksa dibeli oleh suaminya, Mohd. Ali Khan Razali, 41, di Alor Setar dan Pulau Pinang.
Tambahnya, mengikut sejarah, keluarganya tidak pernah melahirkan bayi sebesar itu kecuali anak keempatnya, Nur Hasyimah yang seberat 5kg ketika dilahirkan.

BUKIT MERTAJAM: Pada usia 11 tahun, Nurbaiti Mohd Dali sepatutnya menuntut ilmu di sekolah bersama rakan sebaya, sebaliknya dia terpaksa menjadi ‘suri rumah’ dan menguruskan keperluan ibunya yang mempunyai masalah obesiti.
Selepas bangun pagi, Nurbaiti mengambil alih tugas ibunya, Nurhaniza Ahmad, 36, dengan membasuh pakaian, memasak, mengambil air telaga serta menguruskan keperluan ibunya itu yang hanya terperap dalam rumah sejak dua tahun lalu.
Berikutan masalah obesiti dihadapinya, Nurhaniza dari Kebun Sireh, dekat sini, tidak mampu membuat kerja rumah kerana sukar bergerak namun bernasib baik kerana anak tunggalnya itu memahami dan sanggup membantu walaupun terpaksa meninggalkan alam persekolahan.
Nurhaniza yang mempunyai berat hampir 200 kilogram, berkata sebelum ini dia mampu membuat kerja rumah tetapi kini terpaksa bergantung pada Nurbaiti bagi menguruskan keperluan diri.
“Saya menghadapi masalah obesiti selepas mengambil ubat jamu dua tahun lalu. Mulanya, saya memakan ubat bagi mengurangkan sakit lutut tetapi lain pula jadi apabila kedua-dua kaki membengkak, manakala berat badan bertambah,” katanya ketika ditemui, semalam.
Nurhaniza antara lima keluarga dalam Parlimen Batu Kawan dilawati Sekretariat Pengaduan dan Kebajikan Rakyat Pulau Pinang (Sepakat) diketuai Ketua Pegawai Operasi, Azlina Mehtab Mohd Ishaq bersama Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai Dr Zubir Ahmad.
Berbulan bulan saya mengikuti perkembangan kes Elis yang ingin menuntut hak penjagaan.Akhirnya berkat doa seorang ibu ini termakbul. Kagum dengan semangat juangnya.Pernah yang melihat beliau di tv, meraung bertanya dimana anak dia sambil memegang patung anaknya. Tanpa disedari airmata jatuh melihat keperitan hati seorang ibu. Masa itu saya bayangkan jika saya berada ditempat beliau,tak dapat saya bayangkan hari hari yang saya lalui tanpa Mohamad Qayyum Iman,permata hati saya.Ya Allah Ya Tuhan kami, permudahkan segala urusan Elis untuk mengambil anaknya...Amin 
SHAH ALAM 10 Nov. - Perjuangan seorang bekas pensyarah untuk mendapatkan kembali anak yang telah dilarikan suaminya ke Belgium pada Mac lalu berhasil apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memberikan hak penjagaan kepadanya.
Namun, Elis Syuhaila Mokhtar, 34, tetap berlinangan air mata kerana mengenangkan perjalanan yang masih jauh terpaksa ditempuh bagi membawa pulang Ferris Mokhtar Van de Ven, 5, ke Malaysia.
Sebelum sempat melangkah keluar dari mahkamah, wanita itu menangis semahu-mahunya sambil ditenangkan oleh ibu, Normah Nordin dan kakaknya, Nini Naf Aizah yang berjanji akan berusaha membawa Ferris pulang.
''Orang lain dapat hak penjagaan dapat peluk anak, saya usahkan peluk, dengar suara pun tidak pernah, apatah lagi menatap wajah dia sejak sembilan bulan lalu.
''Saya minta tolong sangat-sangat kepada kerajaan dan Wisma Putra supaya usahakan sesuatu. Saya percaya pada undang-undang, sebab itu saya serahkan Ferris bila diperintah oleh mahkamah.
''Tetapi suami saya pula larikan Ferris. Ferris, pulanglah kepada ummi, ummi amat rindukan Ferris,'' rintih Elis sambil menunjukkan foto serta mainan Ferris yang sentiasa dibawa ke mana-mana.
Menurut Elis, anaknya adalah rakyat Malaysia kerana dia dilahirkan di negara ini serta mempunyai pasport Malaysia dan juga pasport Belanda yang kini berada dalam simpanannya.
Katanya, dia berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan Ferris kerana tidak mahu anaknya dibesarkan tanpa mengikut ajaran Islam.
Malah, jelas Elis, dia tidak tamak dan tetap akan membenarkan suaminya, Firdaus @ Frank Theodorus Van De Ven, 40, melawat Ferris sebagaimana yang diperintah oleh mahkamah kerana lelaki itu tetap bapa kepada anaknya.
Terdahulu, Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad memberikan hak penjagaan Ferris kepada Elis selepas defendan (Elis) memberi keterangan sebelah pihak dan mengangkat sumpah istizhar bagi membenarkan segala dakwaannya.
Abu Zaky turut memberikan hak lawatan kepada suaminya yang merupakan warga Belanda untuk menemui Ferris di kediaman Elis di bawah pengawasan isterinya itu.
Dalam keputusan hari ini, beliau juga membenarkan permohonan Elis dengan mengeluarkan satu perintah kepada Wisma Putra untuk membawa Ferris pulang ke Malaysia.
Semasa membacakan keputusannya, Abu Zaky menyifatkan Elis paling layak dan menasihatkan wanita itu agar memberi perhatian serta mengambil peluang tersebut bagi menjaga anaknya sepenuh masa dengan baik.
Katanya, walaupun foto-foto tentang tingkah laku Firdaus tidak disokong oleh bukti lain, mahkamah menerimanya sebagai satu gambaran yang membimbangkan dari segi akidah.
Abu Zaky turut memerintahkan Firdaus untuk membayar kos bagi kes tersebut yang jumlahnya akan ditaksirkan kemudian.
Sebelum ini, Firdaus telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan Ferris apabila dia dan Elis dalam proses untuk bercerai selepas mendirikan rumah tangga pada 2001.
Awal Februari lalu, Abu Zaky memerintahkan supaya Ferris dipelihara secara bergilir-gilir oleh Elis dan Firdaus sebelum hak penjagaan kekal anak itu diputuskan oleh mahkamah.
Namun pada 25 Mac lalu, mahkamah dimaklumkan bahawa Firdaus telah mengingkari perintah mahkamah selepas tidak menyerahkan semula Ferris kepada Elis.
Berikutan itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Firdaus dan meminta kerjasama Imigresen, Interpol dan pihak berkuasa lain supaya pengaturcara komputer itu ditahan dan dilarang keluar dari Malaysia.
Namun rekod Jabatan Imigresen menunjukkan dia meninggalkan Malaysia ke Belgium melalui Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac lalu.
Pada 8 September lalu, Firdaus telah menghubungi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO di Kuala Lumpur dan memberitahu dia tidak akan menyerahkan Ferris serta mengesahkan anak itu ada bersamanya di Belgium.

Saya memang menggunakan NappiKleen ni untuk mencuci kain lampin moden dan juga baju Iman. Tapi kadang kadang saya gunakan untuk mencuci baju putih.Suami pun tegur baju putihnya memang nampak bersih
Oleh NOOR FAZRINA NOOR KAMAL - Utusan Malaysia
MANA lebih mudah: menggunakan lampin pakai buang ataupun lampin kain biasa? Bagaimanapun, ibu bapa harus sedar bahawa penggunaan lampin pakai buang mengundang beberapa masalah terhadap bayi terutamanya masalah kulit.
Walaupun lampin pakai buang yang terdapat di pasaran boleh menyerap air kencing bayi sehingga tidak menyebabkan lembapan terasa, namun dari segi jangka panjang ia juga boleh menyebabkan penghasilan ruam serta kerengsaan kulit.
“Bayi mempunyai kulit yang sensitif, mereka juga masih belum mendapat daya imunisasi yang kuat. Walaupun bayi menyusu badan dan mendapat antibodinya daripada susu ibu, namun harus diingat bayi amat mudah diserang penyakit berbanding orang dewasa,'' kata Pengurus Kanan Barangan UNZA (M) Sdn. Bhd., Jade S.Y. Young.
Menurut Young, kebanyakan lampin pakai buang yang dijual di pasaran mengandungi sejenis bahan kimia yang dinamakan Sodium Polycrylate yang boleh menyerap cecair dan terus menukarkannya kepada bentuk gel.
Namun seperti yang kita semua sedia maklum, penggunaan bahan kimia sememangnya tidak baik untuk bayi terutamanya apabila melibatkan penggunaan jangka masa panjang.
“Penggunaan bahan kimia berterusan walaupun dalam bentuk lampin pakai buang biasa akan menghasilkan toksin yang boleh membahayakan kesihatan bayi,'' katanya.
Young menambah, kebanyakan ibu bapa juga harus sedar kepentingan memelihara kesihatan bayi dengan menitikberatkan aspek kebersihan.
“Oleh itu kami menggalakkan kain lampin biasa dengan penggunaan pencuci pakaian yang mengandungi bahan antibakteria. Ia ternyata lebih jimat dan membantu menjamin kesihatan kulit bayi anda,'' katanya.
Penggunaan bahan antibakteria dalam agen pencuci pakaian telah lama diaplikasikan di negara ini. Kajian oleh unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) UNZA mendapati pakaian yang telah direndam dengan bahan antibakteria yang sesuai dapat membantu membunuh lebih 99 peratus bakteria yang terlekat pada pakaian.
“NappiKleen memang dirumus untuk mencuci pakaian bayi, pakaian dalam dan pakaian yang diperbuat daripada kain sutera.
“Ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia keras yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit bayi. Ia juga boleh dibilas dengan mudah tanpa meninggalkan sebarang sisa,'' katanya.
Kesan kotoran memang diketahui menjadi tempat pembiakan bakteria terutama lampin bayi yang dicemari najis dan air kencingnya sendiri. NappiKleen mengandungi enzim 'endo-protease' yang membantu menanggalkan kotoran dan kesan degil dan menghindar hinggapan semula kotoran.
Sambil menerangkan kebaikan penggunaan lampin kain biasa, Young menyarankan agar ibu bapa lebih bersikap prihatin dan lebih peka akan kebaikan menggunakan kain lampin biasa yang dibuat daripada kain kapas dan lembut untuk kulit bayi.
“Apabila bayi menggunakan lampin biasa, ibu bapa akan segera menukarkan kepada lampin baru jika bayi membuang air kecil atau besar,” terangnya.
Kebaikan menggunakan lampin kain biasa:
- Menjimatkan
- Mudah dibasuh
- Boleh digunakan untuk jangka masa panjang, contohnya digunakan oleh anak kecil lain
- Lebih baik untuk kesihatan dan kulit bayi
- Tiada risiko ruam sekiranya kerap ditukar selepas bayi membuang air kecil

Cloth Daipers atau CD adalah sejenis kain lampin moden yang amat sesuai digunakan semua bayi dan kanak kanak sehingga berat mencapai 15kg (lebih kurang sampai umur 2 atau 3 tahun jugak).
Sejak Mohammad Qayyum Iman gunakan CD ni banyak jimat duit babahnya. Dulu 1 bulan mesti beli 3 bag lampin pakai buang. Lebih kurang RM105 sebulan. Sejak gunakan CD ni, RM105 tu masuk dalam tabung Iman..hehehe.Bayangkan kalau RM105 x 12 bulan =RM1,260 masuk dalam ASB ibu Iman, tak ke duit tu nanti boleh belanja untuk pembelajaran Iman.-001.jpg)
Pada mulanya susah jugak nak yakinkan babahnya nak beli CD ni sebab harganya 'boleh tahan'. Tapi bila saya tunjukkan kos yang perlu ditanggung untuk membeli daipers dan jugak baik untuk kesihatan Iman, akhirnya suami ku bersetuju. Selain dari itu kita juga boleh mengekalkan alam sekitar.
Mungkin ramai jugak tertanya, adakah ianya sesuai digunakan oleh ibu yang bekerja? Sudah tentu..penggunaannya sama seperti menggunakan daiper biasa. Selepas CD tu basah apa yang anda perlu buat cuma keluar inserts, bilas dan terus basuh dalam washing maching.Bukan ke senang...Jadi apa tunggu lagi, mari la kita mula kan sekarang.
Harga CD Strip
1 set - RM50.00
5 set - RM233.00
Harga CD Button
1 set - RM45.00
5 set - RM200.00
Hubungi Puan Faridah ditalian 019-281 6570 untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

Keluarkan insert dan bilas
Lepas bilas dengan air biasa,perah dan terus masuk ke dalam baldi ke atau tong sampah (seperti saya guna ni).Saya suka guna tong ni sbb ada penutup.
Tiba untuk basuh,saya akan gunakan laudry beg ini.Tujuannya ialah untuk mengekalkan lampin supaya cantik walaupun dah lama digunakan.Lepas tu masuk je dalam washing machine...
Kemudian sidai...kan ke mudah...semudah 123,jimat wang dan mesra alam.
